saya percaya ketika ini masih ramai yang tertanya-tanya ke mana agaknya hilang pesawat MAS MH370 bersama penumpang-penumpang dan anak kapal??? sememangnya persoalan ini sepi tanpa jawapan setelah berbagai usaha dilakukan semua pihak... maaf kerana blog saya mencelah mengenai isu ini kerana bukan sahaja di Malaysia yang hangat membicarakannya, bahkan seluruh dunia... apatah lagi blog kerdil saya ini... nanti kan dikatanya tidak cakna mengenai isu semasa... ;) hati ini terpanggil untuk bersama berkongsi rasa dan pendapat tentang isu ini...
hati ini begitu tersentuh dengan misteri ini biarpun tiada seorang pun daripada mereka yang mempunyai pertalian kekeluargaan dengan saya... tapi saya andaikan saya antara salah seorang mangsa... tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.... hari ini masuk hari ke-5 pencarian MH370, tapi setakat ini masih belum ada perkembangan positif....
moga-moga dengan aset teknologi tinggi dan aspek spiritual serta doa daripada semua pihak dapat menyegerakan kebongkaran misteri ini....sesungguhnya hanya ALLAH yang maha mengetahui dan bijaksana kerana semua ini perancangan daripadaNYA walaupun baik mahupun buruk... kerana tidak akan bergerak satu zarah sekalipun tanpa kehendak dariNya....
saya harap hentikanlah sebarang spekulasi dan pandangan yang negatif... bagi yg beragama Islam baik kita berdoa memohon petunujuk dari Nya.... jika tidak suka ataupun bosan barangkali dengan isu ini... baik sahaja kamu berdiam daripada berkata-kata.....